KONSEP MASYARAKAT FEUDAL
1. Feudalisme
adalah satu bentuk kerajaan yang terbentuk di Eropah Barat pada abad ke-9
M, selepas perpecahan Empayar Charlemangne dan berlanjutan sehingga abad ke-13
Masihi. Sistem pemerintahan ini wujud apabila kuasa kerajaan jatuh ke tangan
orang persendirian (Sivachandralingam, 1996: 66).
2. Secara umumnya Sistem
Feudal (Feudalisme) bolehlah didefinisikan sebagai satu
bentuk kerajaan, yang kuasa politiknya dikuatkuasakan secara
tempatan oleh individu persendirian tetapi bukan oleh kerajaan pusat.
3. Menurut Gan
shof (1944) Konsep Feudalisme pertama kali digunakan pada kurun ke-
17 bagi merujuk kepada sistem politik di Eropah pada zaman
pertengahan yang memeperlihatkan hubungan yang saling memerlukan
di antara tuan tanah (lords), orang biasa atau petani (Vassals)
dan tanah (fiefs). Dengan kata lain, dalam sistem ini petani
bekerja dan menjadi tentera untuk melindungi seorang bangsawan dan sebagai
balasan mereka boleh mengusahakan tanah bangsawan tersebut. Walaupun
istilahnya diambil daripada perkataan latin feodum atau feudum (fief),
namun konsep feudalism dan sistemnya bukanlah satu sistem politik formal
pada zaman itu.
4.
Menurut Abdullah Zakaria et. al. ( 2003: 92
) Pada asasnya, sistem ini
memperlihatkan hubungan peribadi yang erat antara tuan tanah
atau lord dengan Vassal atau pemegang tanah (petani)
yang disyaratkan untuk memberi taat setia kepada lord. Satu
pihak akan memberi perlindungan sementara
satu pihak yang lain memberi perkhidmatan ketenteraan
demi keselamatan raja. Mereka juga di beri gelaran tertentu
sebagai mengakui sumbangan tersebut. Selain
aspek ketenteraan dan keselamatan, pihak yang dikenali sebagai feudotari
juga dikehendaki menyediakan keperluan tertentu termasuklah membekalkan
buruh untuk sistem kerah. Hubungan ini menentukan kedua-dua
pihak memperoleh faedah dan keuntungan bersama.
CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL
Menurut Francois-Louis Ganshof (1944) Sistem feudal
sekurang-kurangnya mempunyai empat ciri penting iaitu hubungan
bertimbalas antara seorang bangsawan (Vassal) kepada bangsawan lain yang
lebih kuat atau lebih berpengaruh (lord), hak milik tanah atau sistem
fief, ketenteraan dan kuasa pemerintahan serta hak-hak perundangan.
- Vassalage atau hubungan bertimbal balas yang di buat melalui persetiaan seseorang hulubalang sebagai pengikut (Vassal) kepada seorang hulubalang lain, yang di angkat sebagai tuan (lord) kepada Vassal tersebut disebabkan ia lebih kuat atau lebih berpengaruh. Hubungan ini merupakan satu bentuk hubungan persendirian yang bersifat kehormat kerana ia melibatkan perjanjian antara dua orang Individu yang terdiri daripada kelas hulubalang sahaja (Carl Stephenson, 1956:5-10). Melalui hubungan ini, seseorang Vassal dan lord akan diikat dengan fungsi dan tanggungjawab tertentu, iaitu memberikan ketaatan dan perkhidmatan, khususnya ketenteraan oleh Vassal kepada lordnya manakala lord pula akan berfungsi memberi penjagaan dan perlindungan kepada Vasalnya (Azmi Arifin, 2006:55).
- Ciri yang kedua ialah fief iaitu sejenis harta feudal, kebiasaannya berupa tanah yang diberikan oleh seseorang lord kepada vassalnya bertujuan untuk mengikat persetiaan tersebut. Oleh kerana tujuan utama pemberian fief adalah untuk mendapatkan khidmat ketenteraan, maka fief juga dikenali sebagai military fief ( Azmi Ariffin,1992:55). Bagi sesetengah pengkaji, fief tidak semestinya berupa tanah sahaja. Sebaliknya pangkat, jawatan, kedudukan dan sebagainya boleh juga diberikan sebagai bentuk fief. Menurut Strayer (1953) Terdapat golongan vassal yang tidak mempunyai sebarang tanah (landless knights) merupakan satu fenomena biasa yang dapat ditemui di Eropah Barat pada kurun ke-11. Kewujudan golongan ini meskipun semakin berkurangan tetapi tidak pula lenyap pada kurun-kurun selepasnya. Tugas lord ialah menjaga pengikutnya seperti menampung segala keperluan sara hidup pengikutnya kerana Vassal merupakan hulubalang sepenuh masa dan tidak terlibat dalam aktiviti ekonomi. Di Eropah Barat pada zaman pertengahan, kegiatan ekonomi yang berkaitan perdangangan telah terjejas teruk akibat kekacauan, serangan luar dan peperangan. Keadaan ini menyebabkan raja-raja yang berfungsi sebagai Lord menghadapi masalah untuk membayar upah dalam bentuk wang. Ketika itu hanya terdapat dua cara yang membolehkan seseorang Lord melaksanakan tugasnya. Pertama seseorang Lord akan menempatkan seseorang vassal di istana-istananya dengan menyedaikan makanan, pakaian, senjata atau sebarang keperluan yang dikehendakinya. Kedua ialah dengan memberikannya tanah sebagai sumber pendapatan yang boleh menampung keperluan hidupnya. Cara ini amat popular kerana dapat menarik minat golongan hulubalang yang berkuasa kerana ia melibatkan jaminan dari segi kedudukan politik, ekonomi dan sosial. Seseorang lord yang tidak mampu mengikat kesetiaan seseorang vassal melalui pemberian tanah biasanya akan mendapati dirinya kehilangan sokongan dan pengaruh, manakala seseorang vassal yang tidak memiliki sebarang tanah sekalipun mempunyai taraf sosial yang lebih tinggi daripada seorang petani kaya, tidak mempunyai peranan dari segi politik dan pemerintahan. Dengan itu mereka akan berada pada kedudukan sosial yang lebih rendah dalam hierarki kelas hulubalang atau bangsawan yang menguasai tanah. Dari sudut ini kita bolehlah mengatakan pemilikan tanah akan menentukan status dan kedudukan seseorang pada zaman feudal di Eropah Barat.
- Ciri Feudal yang ketiga ialah ketenteraan, iaitu wujudnya kelas-kelas hulubalang dan pelaksanaan khidmat-khidmat ketenteraan persendirian oleh vassal kepada lord sebagai balasan penerimaan fief. Oleh kerana tujuan asas hubungan vassalage-fief adalah mewujudkan satu organisasi ketenteraan yang efektif, maka perkhidmatan utama yang diberikan oleh vassal kepada lord ialah perkhidmatan ketenteraan, sedangkan perkhidmatan-perkhidmatan lain termasuklah yang melibatkan aspek-aspek ekonomi hanya merupakan perkhidmatan sampingan sahaja.Oleh sebab itu kebanyakan pengkaji sejarah feudalism bukan sahaja di Eropah Barat, malah di Jepun, China, India, Timur Tengah dan sebagainya berpendapat institusi feudal tidak mungkin wujud tanpa adanya aspek ketenteraan.Malah perkembangan feudalisme bukan sahaja dikaitkan dengan wujudnya organisasi ketenteraan semata-mata tetapi juga dikaitkan dengan kemunculan kelas-kelas tentera elit baru dan perkembangan teknologi peperangan. Misalnya perkembangan feudalism di Eropah Barat dikaitkan dengan kemunculan golongan knights dan chivalry, di Jepun kelas samurai dan knight-archer, cataphracts di Byzantium dan Iran, Chariot-fighters di Timur Tengah dan China dan sebagainya lagi (Strayer, 1953:9). Kemunculan kelas-kelas tentera elit baru yang lebih berdisiplin, terlatih dan mempunyai peralatan yang jauh lebih mahal telah menjadikan khidmat ketenteraan pada zaman feudal di eropah hanya mampu dimonopoli segolongan kecil kelas bangsawan sahaja, terutama dikalangan mereka yang menguasai tanah. Dari segi sosial perkembangan ini telah meningkatkan lagi jurang perbezaan yang sedia wujud antara kelas hulubalang dengan golongan rakyat biasa yang terikat dengan kegiatan pertanian.
- Ciri yang keempat ialah pemilikan kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian yang dimiliki dan dilaksanakan oleh lord terhadap vassalnya. Kuasa pemerintahan ini juga meliputi penduduk bukan vassal yang berada di atas tanah-tanah kepunyaan lord, yang biasanya dilaksanakan oleh sebuah kerajaan. Selain menguasai tanah, seseorang lord juga turut berkuasa ke atas sumber ekonomi, pentadbiran, pelaksanaan undang-undang, mengutip cukai, mengawal institusi ketenteraan dan institusi kewangannya.Pemusatan kuasa ketenteraan, polittik dan ekonomi ditangan seseorang lord telah menggalakkan perkembangan wilayah-wilayah feudal yang berdaulat dan berautonomi. Jika berlaku pertelingkahan antara lord dengan raja, golongan vassal yang terikat dengan perjanjian feudal biasanya akan memberikan kesetiaan penuh kepada lord yang berada di atasnya berbanding kepada seseorang raja yang tidak mempunyai hubungan secara langsung dengannya. Walau bagaimanapun corak hubungan ini bergantung kepada taraf sosial (prestij) dan kedudukan raja itu sendiri. Jika baginda seorang pemerintah yang berpengaruh, maka kedudukan lord mungkin sedikit sebanyak dapat dikawalnya. Tetapi kebiasaannya pada zaman feudal, kedudukan seseorang raja amat lemah dan baginda selalunya tidak mempunyai kekuatan untuk mengawal pembesar feudal. Bagi Strayer (1953) aspek pemilikan kuasa dan hak-hak perundangan golongan lord ini merupakan ciri feudalisme yang paling asas dan terpenting. Walau bagaimanapun tanpa wujudnya hubungan vassalage-fief dan perkembangan aspek ketenteraan, pemilikan kuasa dan hak-hak perundangan itu tidak mungkin diperolehi.
Berdasarkan
keempat-empat ciri tersebut, feudalisme bolehlah ditakrifkan sebagai satu
bentuk organisasi yang diwujudkan oleh satu bentuk hubungan persendirian yang
diikat antara seseorang individu dari kelas hulubalang dengan individu daripada
kelas hulubalang yang lain, iaitu antara lord dan vassal. Melalui ikatan
vassalage - fief, seseorang vassal dikehendaki menjaga dan melindungi
vassalnya.Susunan ini kemudiannya menjadi asas kepada keseluruhan struktur
politik, pemerintahan, perundangan dan kemasyarakatan yang wujud dalam setiap
wilayah atau negara yang dikawal oleh corak hubungan tersebut (Azmi
Ariffin,2002: 59)
SUSUN LAPIS MASYARAKAT FEUDAL
SUSUN LAPIS MASYARAKAT FEUDAL
1. Masyarakat
feudal boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemimpin dan
golongan yang dipimpin.golongan pemimpin terdiri daripada raja, pembesar
(bangsawan), dan golongan yang dipimpin ialah rakyat atau petani.
2. Raja
mempunyai kuasa mutlak dan berada dikedudukan paling tinggi. Di bawah
raja, terdapat beberapa lapisan para bangsawan yang menjadi vassalnya.
3. Bangsawan
lapisan pertama yang memiliki tanah (fief) secara langsung daripada raja
dikenali sebagai tenants-in-chief.Bangsawan lapisan pertama itu
membahagikan fief mereka kepada bangsawan lapisan kedua dikenali sebagai
subinfeudation.
4. Bangsawan
lapisan kedua seterusnya mungkin membahagikan fief mereka kepada bangsawan
lapisan ketiga.Setiap bangsawan berkuasa ke atas petani yang menetap di
fiefnya.
5. Kelas
paling bawah sekali ialah kaum tani (serf). Kaum tani semuanya miskin dan tidak
berpelajaran. Hak-hak mereka sedikit tetapi tugas mereka banyak.Kerap kali
mereka ini tidak diberi layanan yang memuaskan oleh tuan-tuan mereka.Hampir
kesemua petani terdiri daripada golongan serf yang bertaraf
antara orang bebas dengan hamba.Peluang untuk menjadi kaya dan
masyhur dengan usaha sendiri sangat tipis. Seseorang hamba akan menjadi hamba
seumur hidup dan anak-anak mereka juga akan menjadi hamba.
6. Sebagai
kesimpulannya dalam pemerintahan bercorak feudal ini, wujud satu hierarki yang
jelas antara feudatories dan subfeudatories di bawah pemerintahan seorang raja
(Abdullah Zakaria, 2003:93). Struktur masyarakat feudal di Eropah bolehlah
boleh digambarkan seperti rajah di bawah.
SISTEM FEUDAL DI ENGLAND
Latarbelakang Sistem Feudal di England
Selepas kejatuhan Empayar Rom, menjelang tahun 800
Masihi, muncul satu institusi politik yang
dikenali sebagai feudalisme di Negara- negara
Eropah Barat termasuklah di England. Dalam sistem feudal terdapat
satu susunan tanggungjawab
yang kompleks dan obligasi di kalangan individu
daripada kelas terbawah (serf) kepada kelas
teratas iaitu raja. Setiap serf memberi sumpah kesetiaan kepada
golongan yang lebih tinggi daripada mereka. Golongan yang
lebih tinggi ini ialah knight (pahlawan), bangsawan (baron,
duke,lord) dan akhir sekali ialah raja.Setiap bangsawan berjanji
untuk melindungi mereka yang telah bersumpah untuk bersatu dengannya
(Sivachandralingam, et.al.1999:93). Dalam sistem feudal
di England, kebergantungan sangat kuat antara seorang raja dengan
golongan bangsawan (lord) yang dilantik sendiri oleh raja.
Golongan bangsawan mempunyai hubungan secara langsung
dengan raja. Jika seseorang raja memerlukan tenaga buruh untuk melakukan
sesuatu kerja atau memerlukan tentera maka golongan petani (serf)
akan dikerah untuk memenuhi keperluan tadi. Jadi dalam sistem feudal di England
golongan petani (serf) menjadi subjek utama dan tidak mempunyai sebarang
hak. Dalam sistem feudal, tanah menjadi elemen utama iaitu semua tanah adalah
milik raja. Golongan bangsawan telah dikurniakan tanah (wilayah)
oleh raja. Tanah menjadi punca kekayaan bagi raja dan golongan
bangsawan.
Ciri-ciri Sistem Feudal di England
1. Hubungan bertimbal balas atau
hubungan dua hala.
Hubungan bertimbal balas (vassalage) yang dibuat
melalui persetiaan seseorang hulubalang sebagai pengikut (vassal) kepada
seseorang hulubalang lain yang diangkat sebagai tuan (lord) kepada
vassal tersebut. Melalui hubungan ini, seseorang vassal dan lord akan
diikat dengan fungsi dan tanggungjawab-tanggungjawab tertentu. Golongan vassal
akan memberikan ketaatan dan perkhidmatan terutamanya dalam bidang ketenteraan
kepada lordnya. Sebagai timbal balas golongan lord pula akan
memberikan penjagaan dan perlindungan kepada vassalnya.
2. Harta feudal yang kebiasaannya
berupa tanah.
Ciri yang kedua iaitu harta feudal (fief),
kebiasaannya berupa tanah yang menjadi punca kekayaan kepada tuan tanah iaitu
raja dan golongan bangsawan. Tanah dikurniakan oleh raja kepada seseorang lord
kemudian lord pula akan memberkan tanah kepada vassalnya bertujuan untuk
mengikat persetiaan. Oleh kerana tujuan utama pemberian fief adalah
untuk mendapatkan khidmat ketenteraan, maka fief juga dikenali sebagai military
fief. Fief tidak semestinya berupa tanah sahaja, sebaliknya pangkat,
jawatan, kedudukan dan sebagainya boleh juga diberikan sebagai bentuk fief.
Pemberian fief berupa tanah dapat menarik minat golongan
hulubalang yang berkuasa. Golongan serf tidak memiliki tanah, tetapi
dibenarkan untuk bercucuk tanam dan menternak binatang di atas tanah yang
dibenarkan oleh tuan tanah.
3. Ketenteraan.
Ciri feudalisme yang ketiga ialah ketenteraan,
iaitu wujudnya kelas-kelas hulubalang dan perlaksanaan khidmat-khidmat
ketenteraan persendirian oleh vassal kepada lord sebagai penerimaan fief.
Oleh kerana tujuan asas hubungan vassalage-fief adalah mewujudkan satu
organisasi ketenteraan yang efektif. Perkhidmatan utama yang diberikan oleh vassal
kepada lord ialah perkhidmatan ketenteraan. Perkhidmatan-perkhidmatan
lain termasuklah yang melibatkan aspek-aspek ekonomi hanya merupakan
perkhidmatan sampingan sahaja.Oleh kerana sistem feudal dikaitkan dengan aspek
ketenteraan maka di Eropah atau England wujudnya golongan tentera elit
seperti knights dan chivalry yang lebih berdisiplin,
terlatih dan mempunyai peralatan yang mahal.
4. Kuasa pemerintahan dan hak-hak
perundangan persendirian.
Ciri feudalisme keempat ialah kuasa pemerintahan dan
hak-hak perundangan persendirian yang dimiliki dan dilaksanakan oleh lord
terhadap vassalnya serta ke atas rakyat yang berada di atas tanah-tanah
kepunyaan lord. Selain menguasai tanah, seseorang lord juga turut
berkuasa ke atas sumber ekonomi, pentadbiran, pelaksanaan undang-undang,
mengutip cukai, mengawal institusi ketenteraan dan institusi kewangannya.
Struktur Masyarakat Feudal di England.
1. Masyarakat di England atau
Eropah terbahagi kepada dua golongan iaitu pemimpin dan yang dipimpin. Golongan
pemimpin terdiri daripada raja dan bangsawan. Susunan masyarakat feudalnya
berbentuk piramid iaitu raja atau pemimpin utama terletak di lapisan paling
tinggi. Di bawahnya terdapat beberapa lapisan para bangsawan yang menjadi
pengikut raja atau vassal yang memberi kesetiaan kepada raja. Golongan
bangsawan ini terbahagi kepada dua iaitu lapisan pertama dan kedua.
2. Golongan Bangsawan lapisan
pertama yang memiliki tanah (fief) secara langsung daripada raja dikenali
sebagai tenants-in-chief. Bangsawan lapisan pertama pula membahagikan
fief mereka kepada bangsawan lapisan kedua. Proses ini dikenali sebagai subinfeudation
. Bangsawan lapisan ke dua seterusnya membahagikan fief mereka kepada
bangsawan yang lebih rendah daripadanya atau golongan petani.
Setiap bangsawan (Vassal) berkuasa ke atas petani yang menentap dififnya.
Hampir kesemua petani terdiri daripada serf yang bertaraf antara orang bebas dengan
hamba (Ranjit Sing Malhi, 1993: 91).
3. Golongan yang dipimpin
pula merupakan golongan rakyat biasa yang menetap di wilayah kekuasaan
golongan bangsawan. Rakyat biasa ini dikenali sebagai serf iaitu
golongan bukan hamba tetapi tidak bebas sepenuhnya. Mereka terikat kepada
pemimpin atau tuan mereka dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu
tempat ke tempat lain. Mereka bergantung kepada golongan bangsawan untuk
mendapatkan mata pencarian. Terdapat juga petani bebas yang menyewa tanah
daripada golongan bangsawan ( Ranjit Sing Malhi, 1993: 91).
4. Selain itu terdapat golongan paderi yang
merupakan satu kelas yang berasingan. Sebilangan besar daripada mereka terdiri
daripada daripada golongan bangsawan yang mempunyai tanah sebagai
Vassal dalam sistem feudal (Ranjit Singh Malhi, 1993:91).Menurut Ferguson dan
Brunn, pada abad ke-12 dan ke-13, hampir 1/3 daripada tanah yang boleh
digunakan di Eropah barat di kawal oleh greja. Bishop, abot dan pegawai-pegawai
yang memegang jawatan penting dalam gereja biasanya adalah golongan
bangsawan.Justeru itu mereka sering campur tangan dalam pemilihan jawatan
bishop dan jawatan-jawatan lain untuk salah seorang dari ahli keluarga mereka.
Akibatnya pegawai-pegawai greja terdiri daripada golongan yang mementingkan
meterial dan mempunyai dua tanggungjawab (Sivachandralinggam, 1996:70).
No comments:
Post a Comment