PENGENALAN
Sebelum
abad ke-16 dan 17, pemerintahan feudal Jepun di bawah Keshogunan Kamakura
(1185-1333). Pada tahun 1192, Minamoto no Yoritomo telah dilantik oleh Maharaja
Go-Saga menjadi Shogun. Yoritomo telah menjalankan pemerintahannya di
bandar tepi laut Kamakura dipanggil kerajaan Bakufu yang dikenali pemerintahan
Keshogunan Kamakura. Shogun Yoritomo mula mengasingkan pemerintahan Jepun
daripada Kyoto. Semasa Maharaja Go-Daigo, pemerintahan Keshogunan
Kamakura telah diambil alih oleh Keshogunan Ashikaga pada tahun 1336-1573
selama 237 tahun. Pemerintahan Shogun Ashikaga Yoshimitsu dijalankan tanpa
merujuk kepada maharaja. Bermula tahun 1603, pemerintahan di Jepun telah
bermulanya era Keshogunan Tokogawa berpusat di Edo yang diasaskan oleh Shogun
Tokogawa Ieyasu. Shogun Tokogawa telah menguasai kesemua aspek pemerintahan
seperti pengawalan terhadap agama, ekonomi, golongan bangsawan, cukai dan
sebagainya. Era Tokogawa telah membawa keamanan dan kemakmuran kepada negara
dan rakyatnya seramai 31 juta orang selama 265 tahun.
CIRI-CIRI
SISTEM FEUDAL DI JEPUN
1.
Sistem
feudal juga dapat dilihat dengan jelas di Jepun, iaitu maharaja yang berada
di kemuncak struktur pemerintahan mempunyai kuasa yang tidak terhad
ke atas segala aspek di bawah pemerintahannya termasuklah tanah.
Hakikat ini dapat dilihat pada zaman Keshogunan Kamakura antara
tahun 1185 hingga 1333 (abad ke-12-14), di mana keluarga Minamoto
menjadi keluarga yang penting di Jepun. Keluarga ini
mampu membekalkan keperluan keselamatan
yang diperlukan oleh maharaja dan mereka
turut menguasai tanah dan segala penghasilannya.
2.
Sebagai
ketua kepada keluarga Minamoto, Yoritomo misalnya telah melantik mereka yang
setia kepadanya mewarisi jawatan jito atau pengurus tanah
dan bertanggungjawab mengutip cukai. Shugo merupakan pegawai yang
bertanggungjawab memastikan agar semua cukai di bayar
walaupun kekerasan terpaksa digunakan. Sistem sebegini
terus kekal sehingga zaman Meiji sehingalah beberapa perubahan
besar dilakukan.
3.
Menurut
Abdullah Zakaria Ghazali (2003:101) dalam usaha melihat sejarah sistem
Feudal di Jepun, maka zaman Kamakura tidak harus ditinggalkan kerana zaman ini
merupakan akar kepada keberlangsungan sistem feudal yang hanya tamat pada
pertengahan abad ke-19. Menurutnya lagi, sistem feudal tumbuh subur di Jepun
kerana kewujudan estate persendirian yang dikenali sebagai syo atau syoen.
Pertumbuhan estate-estate persendirian ini telah dipercepatkan oleh
kemerosotan golongan aristokrat dan kebangkitan golongan perwira
(buke).Golongan ini memberi taat setia kepada Kamakura
dan hasil daripada ketaatsetiaan ini menyebabkan
mereka mendominasi jawatan jito serta shugo.
Gabungan organisasi inilah yang menjadi asas kepada
kemunculan sistem feudal di Jepun.
4.
Sehubungan
itu kita dapat melihat sistem feudal di Jepun telah melahirkan dua golongan
yang saling bergantung antara satu sama lain, iaitu golongan birokrasi
pemerintahan dan golongan tentera. Golongan birokrasi pemerintahan
termasuklah tuan-tuan tanah atau daimyo yang bertanggungjawab
menyumbangkan sebahagian daripada hasil tanah kepada maharaja.
5.
Selain
itu perjalanan sistem feudal di Jepun agak unik dan berbeza dengan negara lain.
Ini disebabkan wujud keterikatan yang kuat antara golongan daimyo dengan
tentera dan petani , manakala maharaja tidak mempunyai sebarang peranan.
Kemunculan golongan tentera khusus (profesional) di Jepun begitu
berpengaruh dalam menentukan hala tuju pemerintahan. Golongan
daimyo merupakan kelompok yang sangat berkuasa di Jepun dan kuasanya dikatakan
mengalahkan kuasa maharaja.
6.
Golongan
tentera mempunyai kebolehan yang besar dalam peperangan dan digunakan
oleh golongan bangsawan sama ada untuk mempertahankan hak
milik mereka atau menjaga keselamatan tuan-tuan
mereka. Kekuatan ketenteraan ini menjadi
tulang belakang kepada kebangkitan
daimyo di Jepun sehingga maharaja tidak berfungsi sebagaimana
sepatutnya.
STRUKTUR MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN
Struktur
sistem feudal di Jepun berbentuk piramid yang terdiri daripada golongan
pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah adalah Maharaja, Shogun
dan Daimyo.. Golongan diperintah terdiri daripada samurai, petani, atisan
(tukang) dan saudagar. Sistem ini dapat dilihat dengan jelas semasa
pemerintahan Shogun Tokugawa.
1.
Dalam hierarki pemerintahan di Jepun
Maharaja menduduki lapisan
teratas. Namun pada abad ke16 dan 17 di bawah pemerintahan Shogun Tokugawa,
maharaja Jepun tidak mempunyai kuasa untuk memerintah. Baginda hanya
menjadi lambang perpaduan rakyat dan boneka sahaja. Maharaja dikatakan
dari keturunan dewi matahari (amaterasu). Maharaja dianggap pemerintah keduniaan
dan kerohanian. Baginda ditempat di Kyoto iaitu bandar diraja yang sentiasa
dikelilingi oleh pegawai istana (kuge). Maharaja hanya memerintah di Kyoto
sahaja yang dikenali sebagai kerajaan Mikado (Kerajaan Maharaja).
2.
Shogun
merupakan golongan bangsawan yang berada dihaeiraki yang ke-2. Kuasa memerintah
yang sebenar berada di tangan Shogun Tokugawa. Shogun menjalankan tugas
atas nama maharaja melalui dasar pecah dan perintah. Hal ini dilakukan
supaya kuasa dan kedudukan Shogun terjamin. Shogun telah membahagikan
kawasan pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau
Daimyo yang menyokong dan menentangnya. Daimyo yang
menyokong Shogun akan diberi tanah manakala bangsawan yang menentangnya
ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa. Kerajaan
Tokogawa ini di kenali sebagai Kerajaan Bakufu (ketenteraan) yang berpusat di
Edo.
3.
Daimyo merupakan
golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran Tokugawa.
Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan
Daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli keluarga Shogun Tokugawa dan telah
dikurniakan tanah yang berhampiran kediaman Shogun. Daimyo Shimpan
terdiri daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa iaitu membentuk
keluarga Kii, Owari dan Mito. Mereka diberi tanah tidak jauh
daripada shogun. Daimyo Tozama meruapakan daimyo yang memusuhi
shogun iaitu terdiri daripada puak-puak suku barat (Satsuma, Hizan, Toza dan
Chosu). Mereka telah ditempatkan jauh daripada shogun
untuk mengelak ancaman daripada mereka.
4.
Samurai merupakan
kelas pahlawan (tentera) yang berada bi bawah golongan daimyo dan paling atas
golongan di perintah. Mereka mempunyai kedudukan istimewa iaitu mempunyai nama keluarga dan membawa
dua bilah pedang. Samurai berfungsi untuk menjaga keamanan negara dan
keselamatan shogun serta daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain.
Jumlah golongan samurai kira-kira 400,000 orang iaitu kira-kira 6% daripada
jumlah penduduk Jepun. Golongan samurai terbahagi kepada taraf seperti tinggi,
sederhana dan rendah. Samurai bertaraf tinggi tidak ramai bilangannya dan
dibenarkan memilki tanah. Samurai sederhana merupakan samurai berkuda manakala
kelas rendah adalah samurai berjalan kaki. Ketika masa aman, samurai akan
melakukan kerja lain seperi mengurus kewangan, mentadbir ladang, menjaga kebun
dan menjadi utusan.
5.
Dalam kalangan rakyat biasa, petani (nomin) menduduki tempat yang
tertinggi dan dianggap golongan yang mulia di Jepun. Hal ini kerana mereka
merupakan pengeluar beras yang menjadi bahan makan rakyat Jepun dan sebagai
balasan mereka diberi upah hanya secukup makan sahaja kerana hasil beras untuk
negara. Jepun telah menjalankan dasar tutup pintu ini menyebabkan rakyat
hanya bergantung kepada beras yang dikeluarkan oleh petani sahaja.
6.
Kelas tukang-tukang mahir
(artisan) berada dibawah petani. Mereka mahir
dalam pembuatan pedang samurai, menenun kain, alatan tembaga, besi dan
alat-alat lain yang berguna. Mereka diberi gaji yang baik dan diberi rumah yang
baik. Mereka dibenarkan menggunakan pedang.
7.
Kelas pedagang (chonin) terletak
dibawah artisan. Mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan berlaku mobiliti
sosial. Namun keadaan aman telah menyebabkan ekonomi berkembang dan para
pedagang telah berjaya mengumpul harta yang banyak. Mereka kemudian telah
memperbaiki status diri mereka.
No comments:
Post a Comment