PENGENALAN
Sistem
pemerintah Rusia telah mengamalkan Sistem Pemerintahan Beraja bermula
tahun 1547 sehingga tahun 1917. Sistem pemerintahan Rusia adalah diwarisi
daripada sistem pemerintahan empayar Byzantine selepas berlakunya perkahwinan
Ivan III dengan cucu maharaja Byzantine yang terakhir iaitu Sophia pada tahun
1469. Sistem pemerintahan di Rusia menggunakan konsep caesaropapism iaitu
konsep gabungan unsur keagamaan dan politik yang mengkehendaki rakyat taat
setia kepada pemeriantah Rusia.
Gelaran
raja/maharaja Rusia dikenali sebagai Tsar sempena gelaran Caesar yang diguna
pakai oleh pemerintah empayar Byzantine. Ivan IV merupakan raja pertama yang
menggunakan gelaran Tsar dan penggunaannya berakhir dengan Dinasti Ramanov pada
tahun 1917. Pada abad ke 16 hingga abad ke-20, pemerintahan beraja di Rusia di
bawah Dinasti Romanov iaitu bermula dengan Michael Ramanov (1613-1645), Peter
The Great (1682-1725), Catherine I (1725-1727), Tzar Alexander I (1801-1825),
Tzar Nicholas I (1825-1855), Tzar Alexander II (1855-1881), dan Tzar Nicholas
II (1894-1917).
Sistem
beraja di Rusia di bawah Dinasti Ramanov selama 304 tahun berakhir semasa
pemerintahan Tsar Nikolai II apabila berlaku Revolusi Russia 1917 dan
digantikan dengan sebuah parti campuran yang mengaku dirinya sebagai Kerajaan
Sementara. Pemerintahan Kerajaan Sementara di bawah Putera Lyvov dan Alexander
Kerensky sehingga 25 Oktober 1917. Akhirnya pemerintahan Rusia diambil alih
oleh Vlanimir Ilyich Lenin melalui Revolusi Bolshevik.
Kedudukan
Raja Rusia
1.
Kedudukan Tertinggi
Dalam
sistem pemerintahan beraja di Rusia, Tsar mempunyai kedudukan tertinggi dalam struktur
masyarakat. Rakyat perlu taat dan memandang mulia kepada Tsar. Tsar merupakan
ketua dalam setiap bidang pemerintahan di Rusia. Tsar berkuasa membuat segala
keputusan yang akan dilaksanakan di Rusia dan segala perintah Tsar rakyat tidak
boleh membantah.
2.Berkuasa
mutlak
Sebelum Revolusi Rusia 1917, Rusia mempratikkan
pemerintahan bercorak autokratik. Pada tahun 1547, Ivan IV yang lebih dikenali
sebagai ”Ivan yang ganas” telah memerintah Rusia dengan menggunakan kuasa
mutlak. Beliau telah bertindak mengisytiharkan kanun undang-undang baharu pada
tahun 1550, menubuhkan badan perwakilan feudal (Zemskii Sabor) pertama di Rusia
dan berjaya melemahkan kedudukan orang Tartar di Rusia dengan menguasai Kazan
(1552) dan Astrakhan (1556). Begitu juga dengan pemerintahan Tsar IV Nikolai
II (1894-1917) mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan keputusan
pentadbiran serta hal-ehwal kerajaan.
3. Hak Istimewa
Maharaja Rusia seperti maharaja lain di dunia mempunyai
hak istimewa dalam masyarakat seperti kekebalan dari segi undang-undang dan
diberi pelbagai kemudahan istimewa. Segala kata Tsar akan dirujuk dan dianggap
sebagai undang-undang.
Peranan Maharaja Russia dalam pemerintahan
1. Ketua Negara
Maharaja
Rusia berperanan sebagai ketua negara atau ketua kerajaan yang berkuasa mutlak
dalam pentadbiran. Baginda berkuasa dalam bidang politik, ekonomi dan sosial
seperti mana zaman pemerintahan Tzar Nicholas II.
2.
Dasar Luar
Tsar
Rusia berkuasa dalam menentukan hubungan luar negeri/hubungan diplomatik. Maharaja
Rusia telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Eropah Barat
termasuk Jerman untuk melatih ketenteraan Rusia. Tsar Alexander I (1801-1825)
telah menandatangani satu perjanjian dengan Napoleon pada tahun 1807 iaitu
Rusia bebas menjalankan dasar menakluki Turki dan berjaya merampas wilayah
Bessarabia pada tahun 1812.
3.
Melantik Menteri
Dalam
sistem pemerintahan beraja di Rusia, Tsar juga mempunyai kuasa melantik menteri
bagi mengukuhkan kedudukannya. Selain itu baginda juga berkuasa untuk memecat
menteri yang dianggap menentangnya dalam pemerintahan. Contohnya semasa
pemerintahan Tsar Nicholas II. Tsar akan memilih dan melantik menterinya yang
benar-benar boleh dipercayai dan mampu mentadbir kerajaan. Menteri diibarat
sebagai tulang belakang atau penyokong kuat kerajaan. Kuat atau lemah seseorang
Tsar itu bergantung kepada golongan menteri ini.
4.
Bertanggungjawab menjaga keamanan
Pemerintahan
Rusia bertanggungjawab untuk memulih, menjaga keamanan dan keselamatan seluruh
negara Rusia daripada ancaman musuh. Pemerintah Michael Ramanov telah berjaya
mempertahankan Rusia daripada pencerobohan asing dengan menjadikan beberapa
buah bandar yang berkubu di selatan untuk menentang Tartar dan Turki.
5.
Mengetuai ketenteraan
Dasar
perluasan wilayah juga mendorong pemerintah Rusia mengawal ketenteraan. Oleh
sebab Rusia sering terancam telah menyebabkan pemerintah Rusia memperkuatkan
tenteranya seperti mana yang dilakukan oleh Peter The Great. Peter teleh
menambah peruntukan ketenteraan sebanyak 2.3 juta rouble pada tahun 1701 kepada
32 juta rouble pada tahun 1710. Peter juga
memastikan peruntukkan perbelanjaan pusat memberi keutamaan kepada pertahanan
negara Rusia.
Begitu juga dengan pemerintah Yekaterina Agung
(1762-1796) yang meluaskan kuasanya ke Poland-Lithuana dan di selatan memerangi
wilayah empayar Uthmaniyyah. Alexander II (1855-1881) yang telah
memodenkan tentera Rusia berjaya membebaskan Bulgaria daripada pemerintahan
Uthmaniyyah dalam Perang Rusia-Turki (1877-1898).
6.
Mengetuai bidang ekonomi
Pemerintah
Rusia juga bertanggungjawab memajukan ekonomi supaya negara bertambah kukuh dan
stabil. Kesungguhan pemerintah Rusia dalam memajukan ekonomi dapat dilihat
semasa pemerintahan Peter The Great, Tzar Alexander II dan Tzar Nicholas II.
Semasa Peter The Great, beliau telah menggalakkan pembangunan industri
perkilangan membuat senjata, peralatan tentera, pembuatan makanan, sektor
pembuatan seperti tekstil, kertas, kaca dan barangan kulit. Industri besi dan
keluli juga dimajukan di Ural sehingga Rusia boleh muncul sebagai pembekal besi
utama untuk pasaran Eropah pada abad ke-18.
Tzar
Alexander II pula membangunkan sistem pengangkutan kereta api bagi memajukan
lagi sektor industri di Rusia. Begitu juga pemerintah Tzar Nicholas II turut
memberi tumpuan kepada kemajuan pengangkutan kereta api kerana ia menjadi kunci
kepada pembangunan ekonomi Rusia.
7.
Sebagai ketua agama Kristian
Pemerintah
Rusia juga berperanan sebagai ketua agama dan bertanggungjawab memperkukuhkan
serta menyuburkan ajaran agama Kristian Ortodoks. Pemerintah Rusia perlu
memastikan rakyatnya sentiasa mematuhi pengamalan agama. Sebagai contoh
pemerintah Peter The Great telah memberikan tawaran kemewahan dan kebendaan
serta ada yang diugut yang mana tanah mereka akan dirampas jika tidak menukar
agama.
Bagi
menjayakan hasratnya juga, beliau telah mengarahkan mubaligh Kristian
mempelajari bahasa masyarakat tempatan, menterjemahkan kitab Bible ke dalam
bahasa tempatan dan menghantar mubaligh tinggal bersama keluarga yang menjadi
sasaran pemerintah.
Kesimpulan
Kedudukan
dan peranan Tsar di Rusia sememangnya tidak banyak bezanya dengan kedudukan dan
peranan raja/maharaja di negara-negara lain di dunia ketika itu. Tetapi
akhirnya kedudukan dan peranan Tsar tamat setelah berlakunya Revolusi
1917 di Russia yang akhirnya Russia menjadi sebuah negara republik yang
dipimpin oleh seorang Presiden.
No comments:
Post a Comment