Pengenalan
1.
Kemunculan negara bangsa pada abad ke-15M, telah menjadi
asas bagi kemunculan pemerintahan mutlak di Eropah pada abad ke-16M dan ke-17M
seperti Perancis. Maksud raja mutlak ialah pemerintahan raja tidak dikawal oleh
parlimen dan segala arahan raja merupakan undang-undang. Raja yang dilantik
adalah atas kehendak Tuhan untuk menjadi ketua kepada rakyat. Oleh itu, menjadi
tanggungjawab rakyat untuk membantu raja dalam menjalankan pentadbiran. Rakyat
tidak boleh membantah perintah raja walaupun raja memerintah dengan zalim.
2.
Pemerintahan raja mutlak di Perancis muncul di dorong
dengan lahirnya idea-idea oleh pemikir-pemikir politik seperti Jean Bodin, Hugo
Crotius dan Cardinal Duc de Richelien. Jean Bodin mengesyorkan supaya Perancis
diperintah oleh kerajaan pusat yang kuat supaya boleh mengawal wilayah dengan
lebih baik dan berkesan. Hugo Crotius pula mengatakan sesebuah negara berhak
mempertahankan negara dengan membela hukum antarabangsa dan sesiapa yang
mencabuli hukum antarabangsa akan dianggap penceroboh. Manakala Cardinal pula,
berpendapat kerajaan pusat yang kuat perlu untuk menghadapi ancaman sekiranya
pentadbiran dijalankan oleh ramai pihak. Untuk menggelakkan daripada berlakunya
ancaman atau penentangan maka rakyat tidak perlu diberi pendidikan.
3.
Menjelang abad ke-17, Perancis muncul sebagai antara
negara yang terkuat di Eropah menggantikan Sepanyol. Pemerintahan raja mutlak
di Perancis dijalankan oleh Raja Louis XIV (1643-1715) yang dikenali sebagai
‘Grand Monarch’ yang memerintah selama 72 tahun. Semasa pemerintahannya berjaya
mewujudkan keamanan dan kemakmuran di Perancis.
4.
Baginda mengukuhkan kedudukannya melalui pentadbiran
pusat yang kukuh dan teratur. Bagi memastikan dasar pemerintahannya dapat
dilaksanakan dengan baik, baginda terlibat dalam urusan pelantikan
pegawai-pegawai kerajaan dan berjaya mengawal mereka dengan dibantu oleh
menteri-menteri yang berwibawa.
5.
Raja Louis XIV mendapat sokongan padu daripada golongan
bangsawan, Huguenot dan institusi-institusi kerajaan. Perkembangan ini
mengukuhkan kedudukan Raja Louis XIV sebagai pemerintah monarki mutlak di
Perancis. Untuk memperkukuhkan lagi pemerintahnnya, Raja Louis XIV telah
memperkenalkan beberapa dasar seperti:
a) Dasar Dalam Negara
Louis XIV menyusun semula pentadbiran pusat negara kepada
empat majlis utama dan juga telah melantik menteri-menteri yang berkebolehan
untuk membantunya mentadbir seperti Colbert (Menteri Kewangan), Le Tellier
(Menteri Hal Ehwal Luar), Louvois (Menteri Peperangan) dan Vauban (Menteri
Ketenteraan).
Louis juga menggunakan menteri yang bertanggungjawab bagi
malaksanakan dasar-dasar diraja di pelbagai provinsi Perancis. Penyelia
ditugaskan untuk menyelia pentadbiran, keadilan, pentadbiran dan pentadbiran
ketenteraan di peringkat daerah.
Louis XIV percaya sebagai pemerintah mutlak bagi seluruh
Eropah, beliau harus hidup bergaya dengan itu beliau mendirikan istana besar di
Versailles dan di beberapa buah tempat lain. Arkitek-arkitek terkemuka digaji untuk mereka bangunan dan
pelukis-pelukis terkemuka mengindahkannya.
Raja menetap di Versailles yang dikelilingi oleh istana yang besar.
Golongan bangsawan bergantung hidup kepada pencen
daripada raja dan dikehendaki tinggal dalam tempoh yang lama untuk mendapatkan
sokongan raja.
Perkhidmatan awam terdiri daripada menteri-menteri yang
berkebolehan antaranya Jeans Baptiste Colbert sebagai menteri kewangan. Zaman
Louis XIV juga zaman keemasan bagi kesusasteraan Perancis. Antara tokoh seni
yang terkenal ialah Racine dan Moliere.
b) Dasar Ekonomi
Baginda melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme untuk
memastikan negaranya muncul sebagai negara yang makmur . Melalui dasar Colbert,
wujud perkembangan industri baru, memansuhkan tarif tempatan, mengurangkan
kadar bunga ke atas hutang kerajaan, mengawal upah dan harga kebanyakan
barangan. Dasar ekonomi Colbert telah meningkatkan pendapatan kerajaan namun
perbelanjaan untuk peperangan tempatan semakin bertambah.
c) Dasar Ketenteraan
Melalui Louvis (Menteri Perang), Perancis telah
mengadakan reformasi dalam ketenteraan apabila raja mempunyai kawalan penuh ke
atas ketenteraan. Baginda juga menghapuskan dominasi golongan bangsawan ke atas
bidang ketenteraan dan memulakan kawalan langsung ke atas ketenteraan.
Kerajaan juga bertanggungjawab merekrut tentera,
menyediakan perumahan dan bekalan makanan kepada golongan tersebut. Pelantikan
pegawai-pegawai tentera dilakukan berasaskan merit. Kesannya tentera Perancis
muncul sebagai tentera yang terkuat di Eropah ketika itu.
d) Dasar Agama
Dalam aspek agama raja bertindak untuk memaksa golongan
bukan Katolik iaitu Huguenot (Calvinis) untuk menerima agama Katolik. Edict of
Nantes yang ditandatangani pada tahun 1598 yang memberi kebebasan kepada rakyat
untuk menganut agama pilihan mereka telah dibatalkan oleh raja pada 1685.
Tindakan Louis menyebabkan seramai 200 ribu penganut
bukan Katolik meninggalkan Perancis dan berhijrah ke England dan Amerika.
e) Dasar perluasan wilayah
Semasa pemerintahan Raja Louis, wilayah kekuasaan
Perancis merangkumi Sungai Rhine dengan Perancis menguasai wilayah-wilayah
seperti Spanish Netherlands dan United Province.
6.
Pada tahun 1787, Raja Louis XIV telah memutuskan untuk
mengadakan Perhimpunan Orang-Orang Kenamaan untuk mengatasi masalah
kewangan Perancis dengan mengenakan cukai ke atas golongan bangsawan,
gereja dan hakim.
7.
Raja Louis XIV telah mengadakan persidangan parlimen buat
kali pertama pada 5 Mei 1789 dengan mengikut cara lama yang memberi kelebihan
kepada Estet (Parlimen) Pertama dan Kedua, manakala Estet Ketiga diminta tunggu
diluar dewan. Segala usul yang dibincangkan akan diundi yang akan menyebelahi
Estet Pertama dan Kedua. Estet Ketiga menuntut supaya ketiga-tiga Estet
disatukan dan pengiraan undi berdasarkan undi individu, tetapi tidak mendapat
persetujuan oleh Raja Louis XIV.
8.
Pada 12 Jun 1789, Perhimpunan Kebangsaan (Parlimen Negara)
telah diisytiharkan oleh Estet Ketiga dan ini menandakan bermulanya Revolusi
Perancis. Apabila pintu dewan ditutup untuk anggota Perhimpunan Kebangsaan,
mereka telah berkumpul di gelanggang tenis dan mengangkat sumpah bahawa mereka
tidak akan bersurai sehingga mereka mengubal perlembagaan Perancis. Peristiwa
ini dikenali sebagai “Sumpah Padang Tenis”.
9.
Perhimpunan Kebangsaan (Estet Ketiga) menuntut konsep
persamaan dan keadilan dilaksanakan dan bukannya keistimewaan diberikan kepada
rakyat berdasarkan hak atau warisan turun temurun. Perjuangan mereka turut
mendapat sokongan golongan miskin dan sebahagian tentera yang dipimpin oleh
Marshall de Broglie yang dihantar oleh Raja Louis XIV.
10. Pada 14 Julai 1789, bangunan Bastille telah jatuh ke
tangan golongan Perhimpunan Kebangsaan (pemberontak) yang memberi semangat
kepada golongan revolusi di kawasan bandar dan desa. Peristiwa ini diperingati
oleh rakyat Perancis sehingga kini dan tarikh ini disambut setiap tahun sebagai
Hari Kebangsaan Perancis.
11. Perhimpunan Kebangsaan juga telah berjaya menghapuskan
sistem feudal, perhambaan, golongan istimewa, monopoli golongan bangsawan
dihapuskan, cukai yang sama untuk semua, menghapuskan buruh paksa, menghapuskan
cukai dan semua jenis hak istimewa gereja ditarik balik. Penghapusan masyarakat
feudal dan sistem feudal di Perancis dikenali sebagai “Hari Ogos”.
12. Pada 26 Ogos 1789, parlimen telah meluluskan
Perisytiharan Hak-Hak Manusia dan Warganegara. Pengisytiharan ini telah
mengiktiraf semua manusia dilahirkan dan kekal bebas serta mempunyai hak yang
sama. Ini rakyat bebas untuk bertukar-tukar fikiran selagi tidak melanggar
batas undang-undang.
13. Menjelang tahun 1791, Majlis Perhimpunan Kebangsaan telah
menyiapkan satu perlembagaan ini kerajaan dibahagikan kepada 3 iaitu badan
legislatif, badan eksekutif dan badan judisiari. Wujudnya perlembagaan ini maka
bermulanya pemerintahan raja berperlembagaan selama setahun kemudian sistem
pemerintahan Perancis bertukar menjadi republik.
14. Selepas itu, negara Perancis mengalami huru hara dan
berlaku perpecahan dalam kalangan pendukung revolusi iaitu golongan jacobin dan
girondin. Akhirnya Perancis telah diperintah oleh diktator Maximilien
Robespierre dari golongan jacobin dan zaman ini dikenali sebagai Zaman
Pemerintahan Ganas. Mereka telah mewujudkan Mahkamah Revolusi dan
Undang-Undang Syak. Sesiapa disyaki musuh mereka dan menyokong raja akan
dihukum tembak atau pancung.
15. Raja Louis XIV dan isterinya Marie Antoinnette telah
dihukum pancung dengan alat gilotin. Robespierre sendiri dihukum pancung dengan
menggunakan gilotin oleh penyokong parlimen. Dengan ini berakhirlah zaman
pemerintahan ganas di Perancis pada tahun 1794. Perancis menjadi aman selepas
pemerintahannya diambil alih oleh Napoleon Bonaparte pada penghujung tahun
1799.
No comments:
Post a Comment