Pendahuluan.
Golongan pembesar merupakan pegawai-pegawai kerajaan yang
dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dalam kerajaan.
Tujuan pelantikan golongan pembesar untuk membantu raja atau maharaja dalam
bidang pemerintahan yang merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial.
Mengikut Kamus Dewan pula golongan pembesar bolehlah ditakrifkan sebagai orang
yang berpangkat tinggi dalam kerajaan.
Dalam sistem pemerintahan raja atau maharaja, kedudukan
pembesar sangat penting dan berada di lapisan kedua selepas kedudukan raja atau
maharaja. Institusi pemerintahan di Russia memperlihatkan raja atau maharaja
melaksanakan pemerintahan dengan bantuan atau sokongan institusi pembesar. Bagi memastikan golongan pembesar sentiasa
taat setia kepada raja atau maharaja dan mengawasi tindak tanduk pembesar maka
satu badan pemantau telah diwujudkan oleh raja atau maharaja.
Jika seseorang pembesar gagal melaksanakan tugas yang
telah diberikan dengan baik, raja atau maharaja mempunyai kuasa untuk
melucutkan jawatannya dan digantikan dengan pembesar lain yang lebih berwibawa
dan dipercayai. Kuat atau lemah sesebuah kerajaan atau raja atau maharaja
adalah bergantung kepada golongan pembesar yang
dipilih dan dilantik oleh raja atau maharaja. Sebab itulah golongan
pembesar diibaratkan sebagai tulang belakang atau tiang kerajaan dalam sesebuah
kerajaan.
Sistem pembesar yang diamalkan di negara Rusia boleh
dibahagi kepada beberapa peringkat iaitu pembesar diperingkat pusat, pembesar
peringkat daerah atau wilayah dan pembesar peringkat kampung. Bidang tugas
mereka hampir sama tetapi kedudukan serta kuasa mereka yang membezakan di
antara golongan pembesar.
Sistem
Pembesar Di Rusia
Sistem pembesar di Rusia berbeza dengan negara China.
Semasa era pemerintahan Moscow dan Dinasti Ramanov sistem pembesarnya terbahagi
kepada 3 peringkat iaitu peringkat
pusat, peringkat daerah dan peringkat kampung.
Pentabiran
Di Peringkat Pusat.
Di peringkat pusat, sistem pemerintahan pembesar melalui Majlis
Penasihat Tertinggi (Duma), Majlis Penasihat (Zemskii Sabor) dan jabatan
kerajaan (Prikazi). Duma dianggotai oleh golongan bangsawan paling
kanan dan bertanggungjawab menyelaras hal ehwal pemerintahan, mengubal dan
meluluskan dasar kerajaan, dan sistem kehakiman. Walaubagaimanapun raja masih
lagi berkuasa untuk membuat keputusannya.
Zemskii Sabor pula dianggotai oleh golongan bangsawan.
Bilangan ahlinya antara 40-50 orang dan bidang kuasa mereka lebih rendah
berbanding kuasa Duma. Prikazi pula merupakan jabatan kerajaan yang
melaksanakan dasar-dasar yang telah digubal dan diluluskan oleh Duma.
Sistem pembesar di Rusia disusun dengan teliti akan tidak
berlaku pertindihan peranan, lebih seragam dan lebih cekap. Oleh itu Duma
dan Zemskii Sabor telah dibubarkan dan diganti dengan Majlis Senate pada tahun
1711 semasa pemerintahan Peter The Great. Majlis ini dianggotai oleh 9
ahli dengan dibantu oleh Colleges bagi meringankan beban tugas Senate yang
semakin hari semakin banyak tugasnya.
Dalam bidang pemerintahan, institusi gereja Kristian
Ortodoks juga mempunyai peranan penting dalam bidang keagamaan, ekonomi dan
politik. Namum peranan mereka telah dikawal dengan ketat oleh raja
Rusia supaya pembaharuan yang ingin dilaksanakan di Rusia dapat dilaksanakan.
Raja Peter telah bertindak tidak melantik Patriarch yang baharu pad tahun 1700
malah telah menggantikannya dengan Holy Synod. Begitu juga di zaman Catherine,
beliau telah memiliknegarakan harta dan kekayaan gereja. Hal ini telah
membolehkan raja mengawal kuasa gereja kerana mereka terpaksa bergantung kepada
kerajaan pusat.
Dalam pengubalan dasar luar, Jawatankuasa Tidak Rasmi
atau Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini berperanan memberi
nasihat kepada raja malah menyokong segala dasar yang dilaksanakan oleh
pemerintah terutama di zaman Alexander I. Beliau juga telah melakukan perubahan
dalam pemilihan anggota Duma atau parlimen seperti pemilihan anggota melalui
pilihanraya. Semasa pemerintahan Nicholas II, beliau menjadikan Duma sebagai
Parlimen Rendah iaitu keanggotaannya dipilih melalui undian oleh rakyat dan
bukan dipilih oleh Tsar. Oleh kerana keanggotaannya terdiri daripada pelbagai
peringkat dan bangsa maka ini telah menyukarkan Duma untuk membuat keputusan.
Akhirnya Duma pertama telah dibubarkan dan Duma Kedua telah ditubuhkan pada Mac
1907.
Diperingkat pusat juga ditubuhkan Dewan Perhimpunan Wilayah
yang bertanggungjawab membantu Tsar dalam menguruskan pentadbiran negara Rusia.
Keanggotaan terdiri daripada golongan bangsawan.
Polis Rahsia Khas (Okhrana) juga ditubuhkan di peringkat pusat untuk mengawal penyebaran
unsur propaganda yang boleh menggugat pemerintahan Tsar, demontrasi rakyat,
mengawal jalan keluar masuk ke Rusia, menjadi pengintip raja atau Tsar dan
menangkap golongan pengkhianat kepada Tsar. Penubuhan pasukan ini telah
mengukuhkan lagi pemerintahan Tsar terutama di zaman pemerintahan Nicholas I,
Alexander II dan Nicholas II.
Pentabiran
Di Peringkat Daerah.
Pentadbiran peringkat daerah juga amat penting dalam
membantu pemerintahan Tsar di Rusia. Pentadbiran di peringkat daerah di ketuai
oleh gabenor atau naib gabenor yang dilantik oleh kerajaan pusat seperti di
zaman pemerintahan Catherine.
Di peringkat daerah juga diwujudkan Majlis Perundangan
Tempatan atau Majlis Daerah (Zemstvo). Rakyat diberi kuasa untuk memilih ahli
Majlis Daerah. Ahli Majlis Daerah pula akan memilih ahli Majlis Wilayah. Majlis
ini berperanan menjaga jambatan, jalan raya, pendidikan, kesihatan awam dan
pemilihan pegawai undang-undang.
Pentabiran
Di Peringkat Kampung.
Pentadbiran peringkat kampung pula dijalankan oleh Majlis
Kampung. Majlis ini juga dikenali sebagai mir atau Komun. Majlis ini
berperanan untuk memunggut cukai yang telah ditetapkan oleh kerajaan,
menentukan jenis tanaman yang ditanam oleh petani, mengagihkan tanah pertanian
kepada petani, memilih di kalangan golongan petani untuk menjadi tentera
apabila diperlukan oleh Tsar, mengawal kemasukan pengaruh luar yang boleh
mengugat kerajaan pusat dan menjadi pengintip kerajaan daripada berlakunya
penentangan.
No comments:
Post a Comment