Pengenalan
1. Persekutuan berasal daripada perkataan
Greek iaitu foedus yang membawa maksud perjanjian. Persekutuan merupakan
gabungan beberapa wilayah atau negeri di bawah satu perlembagaan pusat.
2. Sistem persekutuan adalah satu sistem
pemerintahan yang mengandungi 2 kerajaan iaitu kerajaan pusat dan negeri yang
mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara tertentu.
3. Walaupun negeri-negeri ini berada di
bawah pemerintahan pusat, negeri-negeri ini diberi kebebasan untuk mengubal
undang-undang sendiri berdasarkan kepada adat dan budaya tempatan.
4. Amerika Syarikat merupakan kerajaan persekutuan
yang dibentuk daripada 13 buah negeri yang pernah menjadi koloni Britian,
kemudian menjelang akhir abad ke-19 telah menjadi 50 buah negeri. Pusat
pemerintahannya terletak di Washington dan Presiden sebagai ketua kerajaan.
PERKEMBANGAN SEJARAH AMERIKA SYARIKAT
1.
Sebelum
tertubuhnya kerajaan persekutuan Amerika, orang Eropah berlumba-lumba untuk
meneroka dan membuat penempatan di benua Amerika seperti orang Sepanyol,
Portugis, Perancis, Belanda dan British.
2.
John
Cobat merupakan orang pertama meneroka di Amerika pada tahun 1497, diikuti oleh
Sir Humphrey Gilbert (1583) dan Sir Walter Raleigh (1584). Kesemua usaha mereka
menemui kegagalan kerana mendapat tentangan kaum peribumi Red Indian dan
kawasan tersebut tidak sesuai untuk pertanian.
3.
Pada
tahun 1607, Kapt. John Smith membuka koloni di Virginia dan berjaya
memajukannya kerana memiliki kubu-kubu pertahanan di Jamestown dan wujudnya
hubungan baik dengan puak Red Indian. Ini telah mendorong lebih ramai orang
British berhijrah ke Amerika untuk memulakan kehidupan baru ekoran kerajaan
Britian mengenakan cukai yang tinggi kepada mereka dan masalah agama
terutama daripada golongan puritan.
4.
Pada
tahun 1620, golongan puritan telah mendarat di New Plymounth dan telah mendapat
bantuan orang Red Indian untuk menanam jagung. Pada tahun 1621, mereka telah
menganjurkan ‟Kenduri
Kesyukuran”
kerana mendapat hasil jagung yang banyak sebagai tanda berterima kasih kepada
tuhan.
5.
Kedatangan
orang British semakin bertambah di Amerika dengan membentuk 13 koloni iaitu
telah membuka penempatan koloni di Virginia (1607), Massachusetts dan New
Hampshire (1630), Maryland (1634), Connecticut dan Rhode Island (1636),
Delaware (1638), Carolina Utara (1653), Carolina selatan (1663), New Jersey
(1664), New York (1664), Pennsylvania (1681) dan Georgia (1732).
6.
Pada abad ke-18, Britian dan Perancis mempunyai koloni di
Amerika Utara. Pada tahun 1756, telah tercetus Perang Tujuh Tahun (1756-1763) antara Britian dengan
Perancis di Eropah. Dalam perang ini Perancis telah kalah dan perang ini
ditamatkan melalui Perjanjian Paris. Oleh kerana perang ini melibatkan belanja
yang besar, Britian mendesak koloni di Amerika membiayai sebahagian perbelanjaan
perang tetapi mendapat bantahan penduduk koloni.
7.
Raja George III tidak menghiraukan bantahan ini,
sebaliknya memperkenalkan 4 akta bagi mengutip cukai di koloni seperti akta
pelayaran, gula, setem dan teh. Penduduk tetap membantah dengan melaungkan
slogan ‟tiada cukai tanpa perwakilan” dan ini telah
membimbangkan Britian. Britian telah menarik balik kesemua akta kecuali akta
teh.
8.
Melalui Akta Teh, hanya SHTI sahaja boleh menjual teh
kepada penduduk di koloni-koloni tanpa membayar cukai dan penduduk koloni tidak
boleh mengimport teh. Hal ini menimbulkan kemarahan penduduk di koloni. Pada
tahun 1773, beberapa orang penduduk koloni menaiki kapal SHTI dan membuang
kotak-kotak teh ke laut. Peristiwa ini dikenali sebagai Peristiwa Pembuangan
Teh Boston dan ekoran daripada peristiwa ini pelabuhan Boston telah ditutup
pada tahun 1774.
9.
Tindakan Britian ini telah menyebabkan penduduk di koloni
bangkit memperjuangkan kemerdekaan mereka daripada Britian. Pada Sept. 1774,
pemimpin 13 koloni telah bertemu di Philadelphia dan bersetuju menubuhkan
sebuah Kongres (Parlimen Bersatu). George Washington telah dilantik sebagai
pemimpin tentera koloni-koloni Amerika dan mengisytiharkan perang terhadap
Britian pada tahun 1775.
10.
Pertempuran telah berlaku di Lexington pada April 1776.
Pada Julai 1776, kongres yang bersidang di Philadelphia telah meluluskan
Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas Jefferson. Melalui
pengisytiharan ini, 13 koloni telah digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang
merdeka.
11.
Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh tentera
Britian seperti di Saratoge (1777) dan Yorktown (1781). Pada tahun 1783, perang
telah ditamatkan melalui Perjanjian Versailles iaitu Britian mengakui
kemerdekaan Amerika Syarikat dan menyerahkan kesemua 13 tanah jajahannya.
PENGUBALAN
PERLEMBAGAAN AMERIKA SYARIKAT
1.
Pada tahun 1787, perwakilan daripada semua negeri telah
bertemu di Philadelphia untuk merangka perlembagaan seperti Benjamin Franklin,
George Washington, John Adams, Alexander Hamilton, James Madison dan George
Mason.
2.
Di bawah perlembagaan ini:
a.
Sebuah kerajaan persekutuan akan diwujudkan
b.
Kerajaan pusat menguasai perkara-perkara penting seperti
dasar luar negeri, pertahanan, cukai dan mata wang.
c.
Hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa negeri
masing-masing
d.
Pentadbiran kerajaan akan dibahagi kepada eksekutif,
perundangan dan kehakiman.
3. Pilihanraya pertama Amerika Syarikat telah diadakan pada 4 Nov. 1789 dan
George Washington telah dilantik menjadi Presiden Amerika Syarikat yang
pertama.
4.
George Washington bertindak untuk mewujudkan perpaduan
antara negeri-negeri persekutuan dengan dibantu oleh Thomas Jefferson, Henry
Knox, Alexander Hamilton dan John Kay. Antara yang dilakukan oleh Washington
ialah memperkenalkan sistem cukai yang adil dan seragam antara negeri,
menyeragamkan penggunaan mata wang, menubuhkan Bank Nasional pada tahun 1791,
dan memindahkan pusat pentadbiran dari Philadelphia ke Washington.
5.
Bangunan Capitol
dan White House telah dibina di Washington sebagai lambang perpaduan dan
demokrasi rakyat Amerika Syarikat. Kongres pertama telah diadakan di Capitol
pada tahun 1800.
6.
Pada tahun 1812, Perang Inggeris-Amerika telah meletus
disebabkan tindakan Britian memeriksa semua kapal Amerika yang menuju ke Eropah
untuk menggelakkan bekalan sampai ke tangan musuh. Amerika mengumumkan dasar
berkecuali dalam Perang Napoleon. Ini telah menyebabkan Britian menahan dan
memeriksa kapal-kapal dagang Amerika dan ini telah menjejaskan kegiatan
perdagangan Amerika.
7.
Selepas perang tamat muncul kebimbangan Amerika terhadap
aktiviti peluasan kuasa Eropah dalam hal ehwal Amerika sehingga munculnya ‟doktrin Monroe” yang menekankan konsep ‟Amerika untuk orang Amerika” pada tahun 1823.
Doktrin ini diwujudkan bertujuan untuk menjaga kepentingan negara daripada
pencerobohan kuasa luar terutama Eropah. Amerika juga menegaskan bahawa peperangan
akan dilancarkan terhadap mana-mana pihak yang melanggar doktrin ini.
8.
Pada abad ke-19, Amerika telah berkembang daripada 13
buah koloni kepada 50 buah negeri melalui 3 cara iaitu pembelian, perjanjian
dan peperangan. Menjelang tahun 1850-an, Amerika telah mempunyai sempadan
negeri seperti hari ini.
9.
Walau bagaimanapun, Amerika mula menampakkan pepecahan
antara negeri-negeri utara dan selatan. Perpecahan
ini semakin serius sehingga meletusnya Perang Saudara pada tahun 1861-1865 antara
Kesatuan Amerika Syarikat (Negeri-negeri Utara) dengan Gabungan Negeri-Negeri
Amerika (Negeri-Negeri Selatan). Perang ini meletus disebabkan oleh masalah
hamba abdi, tindakan negeri-negeri selatan menarik diri dari kesatuan Amerika,
perbezaan antara negeri-negeri Utara dengan Selatan dan wujudnya perasaan tidak
puas hati terhadap undang-undang kerajaan pusat.
10. Perang ini bermula apabila Fort Sumter telah diserang oleh tentera selatan
pada 12 April 1861. Pada Sept. 1862 pula tentera selatan telah mengalami
kekalahan di Maryland dan di Gettysburg pada Julai 1863. Selepas perang tamat,
Abraham Lincoln telah memberi ucapan termasyhur yang dikenali ‟Ucapan Gettysburg” dan berakhir dengan kata-kata ‟...kerajaan daripada rakyat, oleh rakyat, bagi rakyat
tidak akan lenyap dari muka bumi...”.
11.
Perang saudara ini telah banyak memberi kesan seperti
lebih ½ juta orang Amerika terkorban, amalan perhambaan dihapuskan di Amerika
dan negeri-negeri Utara dan Selatan bersatu semula.
12.
Selepas tamatnya perang, Amerika Syarikat telah membangun
sebagai sebuah negara yang bersatu yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
Amerika juga mengalami perubahan ekonomi yang pesat dalam bidang perindustrian,
pertanian dan pengangkutan.
No comments:
Post a Comment