Pengenalan
Perang Dunia Pertama berlangsung antara tahun 1914-1918 dan hanya berlaku dalam kalangan negara-negara Eropah sahaja. Negara-negara Eropah yang terlibat dalam peperangan ini ialah Jerman, Britain, Rusia, Perancis, Austria-Hungary, Serbia, Itali, Belgium dan Turki. Negara-negara di Asia dan Afrika turut dilibatkan apabila wilayah di kedua-dua benua tersebut menjadi rebutan negara-negara Eropah untuk dijadikan tanah jajahan. Perang Dunia Pertama melibat dua pihak iaitu Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dan Triple Entente (Pakatan Tiga Kuasa). Akhirnya, Triple Entente yang dipimpin oleh Rusia berjaya menewaskan Triple Alliance yang diketuai oleh Jerman.
Sebab-Sebab Meletusnya Perang Dunia
Pertama
1. Kegagalan sistem
pakatan
a.
Kegagalan sistem pakatan untuk mewujudkan keseimbangan
kuasa dalam kalangan negara-negara Eropah telah menjadi salah satu sebab
meletusnya Perang Dunia Pertama. Sistem pakatan ini telah menyebabkan dunia
Eropah terbahagi kepada 2 kuasa iaitu Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa)
yang diketuai oleh Jerman dan disertai oleh Austria-Hungary, Turki dan
Bulgaria. Manakala Triple Entente (Pakatan Bertiga) pula diketuai oleh Rusia
yang turut disertai oleh Perancis, Britain, Itali, Serbia, Romania dan
Greece.
b.
Tujuan
pakatan ini ialah untuk menyekat mana-mana kuasa atau blok menjadi lebih kuat
daripada lawannya. Selepas tahun 1870, sistem ini berjaya menghalang meletusnya
peperangan dalam kalangan negara-negara Eropah sehingga tahun 1900.
c.
Sistem
pakatan ini tidak lagi sesuai pada abad ke-20 disebabkan oleh wujudnya
persaingan negara-negara Eropah untuk mendapat pengaruh di rantau Balkan
setelah runtuhnya Empayar Turki Uthmaniyah, tindakan Jerman membesarkan tentera
lautnya yang menimbulkan kebimbangan Britian dan tibdakan Perancis menggunakan
bantuan Rusia dengan cara peperangan untuk mendapatkan semula Alsace-Lorraine.
d. Keadaan
ini menyebabkan wujudnya ketidakstabilan politik yang berterusan di Eropah. Pergolakan yang berlaku antara tahun 1911 hingga 1914 di
negara-negara Balkan yang bebas daripada penguasaan Turki jelas menonjolkan
kegagalan sistem pakatan sebagai satu cara mengawal negara-negara berdaulat
dalam hubungan antarabangsa.
e. Selepas tahun 1908, sistem pakatan ini tidak bermakna
lagi apabila negara seperti Serbia yang disokong Rusia begitu bebas bertindak
dengan menggunakan ketenteraan, tindakan Austria-Hungary dan Rusia untuk
mengukuhkan pengaruh masing-masing dalam kalangan bangsa Slav dan tindakan
Rusia berusaha mencari jalan keluar bagi angkatan lautnya dari Laut Hitam ke
Laut Tengah dengan menguasai Selat Bosporus dan Istanbul.
2. Imperialisme
Ekonomi
a. Pada penghujung abad ke-19, negara-negara Eropah mula
mencari tanah jajahan baru untuk membolehkan mereka menjadi kuasa yang kuat di
Eropah seperti Jerman, Britain, Perancis dan Itali. Ini telah menyebabkan
wujudnya persaingan antara negara-negara tersebut untuk mendapatkan tanah
jajahan sama ada di Asia, Afrika dan Kepulauan Pasifik.
b. Negara Jerman dan Itali yang belum mempunyai tanah
jajahan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tanah jajahan. Oleh itu,
Jerman telah memulakan tindakan dengan merampas tanah jajahan di Afrika
daripada negara-negara yang dianggap lemah seperti Portugal dan Perancis pada
tahun 1890-an. Manakala Itali pula cuba mendapatkan bekas jajahan Turki
Uthmaniyah dengan menakluki Cyrenaica dan Tripoli dan menjadikannya tanah
jajahan baharu yang dikenali sebagai Libya.
c. Tindakan Jerman ini telah menimbulkan kebimbangan negara
Britian dan Perancis terutamanya apabila Jerman telah bertindak memperbesarkan angkatan lautnya. Oleh itu,
Britain turut memperkuatkan angkatan lautnya untuk melindungi empayar dan
aktiviti perdagangan antarabangsanya.Jerman dilihat mempunyai kekuatan ekonomi
melebihi jirannya iaitu Britain dan Perancis, terutama dalam pengeluaran besi
pada tahun 1900.
d. Perancis cuba menyaingi Jerman di Morocco pada tahun 1911
sehingga hampir menggugat kestabilan di Eropah. Kehancuran kerajaan Turki
Uthmaniyah menyebabkan munculnya negeri-negeri Slav yang baru seperti Serbia
dan Bulgaria. Kesan semangat nasionalisme yang melampau,negeri-negeri kecil
tersebut berjaya mengalahkan Turki keluar dari Eropah pada tahun 1908 hingga
1913.
e. Keadaan ini dirumitkan lagi dengan minat kuasa-kuasa
besar seperti Austria-Hungary dan Rusia untuk mendapatkan pengaruh politik.
Pada tahun 1908, Austria-Hungary berjaya menakluki Bosnia-Herzegovina dan
sasaran seterusnya ialah menguasai Serbia. Bagi menghalang serangan
Austria-Hungary ke atasnya, Serbia berjaya mendapatkan sokongan Rusia yang
bercita-cita menguasai Selat Bosporus dan sebahagian wilayah Turki. Ini telah
mendorong ke arah meletusnya Perang Dunia Pertama di Eropah.
3. Perlumbaan dalam
teknologi ketenteraan
a. Perlumbaan senjata telah berlaku terutamanya antara
Jerman, Britain dan Perancis yang telah membawa keuntungan kepada syarikat
pengeluar senjata seperti Syarikat Krupp di Jerman dan Coventry Ordanance Work
di Britain. Pada tahun 1906, Britain berjaya menghasilkan HMS Dreadnought iaitu
sebuah kapal perang yang canggih dan terhebat di dunia pada ketika itu serta
berkuasa tinggi untuk menyaingi angkatan tentera Jerman walaupun melibatkan
peruntukkan perbelanjaan yang besar.
b. Kuasa besar seperti Britain, Jerman, Rusia dan
Austria-Hungary telah menambah lebih 50% perbelanjaan ketenteraan sekitar tahun
1908 hinggga 1914 terutama apabila golongan tentera semakin berpengaruh dalam
bidang politik dan pentadbiran di sesebuah negara.
c. Negara Jerman golongan tenteranya bertanggungjawab terus
kepada Kaiser/Raja, nilai-nilai ketenteraan diterima oleh sebahagian besar
rakyat Jerman dan rakyat telah memberi sokongan terhadap pengisytiharaan perang
yang dibuat kerajaan pada tahun 1914. Peningkatan bilangan anggota tentera yang
ketara selepas tahun 1900 telah meningkatkan ketegangan sedia ada dan perang
tidak dapat dielakkan lagi.
4. Idea dan
pendidikan
a. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di beberapa negara
Eropah turut meningkatkan semangat patriotik yang akhirnya menyemai bibit-bibit
ke arah peperangan. Kurikulum pendidikan di Jerman memberi penekanan terhadap
bahasa Jerman telah berjaya menyuburkan semangat cintakan negara dalam kalangan
generasi muda.
b. Manakala, persatuan-persatuan belia di Jerman diterapkan
perasaan mengagungkan peperangan dan ciri-ciri keperwiraan dengan setiap
anggota sehingga rakyat Jerman percaya mati dimedan pertempuran adalah lebih
baik daripada mati di atas katil, malah nama mereka yang terkorban akan dipahat
di tugu peringatan.
c. Di Perancis pula, pendidikan Sejarah yang dilaksanakan
pada tahun 1912 mengingatkan rakyatnya tentang kemungkinan berlakunya perang
dan rakyatnya diingatkan supaya membuat persiapan yang sewajarnya. Setiap
pelajar diberitahu kewajipan mempertahankan negara Perancis.
5. Pembunuhan
Arcduke Franz Ferdinand
a. Peristiwa pembunuhan Arcduke Franz Ferdinand iaitu
pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya Duchess Sophie di Sarajevo pada 28
Jun 1914 oleh seorang pemuda Serbia yang merupakan ahli kongsi gelap Black Hand
telah menjadi sebab serta-merta meletusnya Perang Dunia Pertama.
b. Kerajaan Austria mengambil kesempatan daripada peristiwa
ini untuk menghapuskan kedaulatan Serbia kerana Serbia sudah lama menghasut
rakyat Austria yang berbangsa Serb supaya membebaskan diri daripada
pemerintahan Austria. Tindakan Austria mendapat sokongan sekutunya iaitu
Jerman.
c. Melihatkan keadaan tersebut, Rusia yang merupakan sekutu
Serbia memberi amaran kepada Austria dan bersiap sedia untuk menyerang Austria.
Jerman yang bimbang dengan perkembangan tersebut meminta Rusia menghentikan
persiapannya. Oleh kerana Rusia enggan menuruti saranan Jerman telah
menyebabkan Jerman mengisytiharkan peperangan terhadap Rusia dan sekutunya.
Termeterainya Perjanjian Versailles
Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1919 telah
menamatkan Perang Dunia Pertama. Perjanjian ini dianggap tidak adil kerana
pihak yang kalah dipaksa menerima syarat-syarat yang berat sebelah. Jerman
menerima hukuman yang berat daripada pihak yang menang (Triple Entente).
Syarat
yang terpaksa dipatuhi oleh Jerman ialah:
a) Menyerahkan
12% daripada jumlah penduduknya.
b) Menyerahkan
13% daripada daerahnya termasuk ¾ hasil besi dan 1/5 hasil arang batu.
c) Membayar
ganti rugi dan pampasan perang yang
tinggi.
d) Mengurangkan
jumlah tentera.Jumlah tentera akan dikurangkan daripada 400,000 kepada 200,000
menjelang 30 September 1919 dan 100,000 menjelang 31 Mac 1920.
Matlamat perjanjian ini ialah untuk melumpuhkan Jerman
sebagai satu kuasa besar. Rakyat Jerman
begitu marah dan terhina dengan syrat-syarat tersebut. Perdana Menteri Jerman,
Philip Scheidemann meletak jawatan sebagai tanda protes. Para perwakilan Jerman
ke Versailles terpaksa menurunkan tandatangan mereka kerana yakin Jerman tidak
mampu ingkar dan berperang semula.
Terbentuknya Liga Bangsa
Selepas
Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa dibentuk
pada tahun 1919 bagi menjaga keamanan serta mengelak daripada berlakunya
peperangan. Pertubuhan yang berpusat di Geneva ini berharap sebarang masalah
antarabangsa dalam kalangan negara-negara anggota dapat diselesaikan melalui
rundingan.
Hampir semua negara Eropah kecuali
Rusia dan Amerika Syarikat menyertai pertubuhan
ini dan taraf kuasa besar diberikan kepada Britain, Perancis, Itali dan Jepun.
Di peringkat awal pertubuhan ini berjaya menyelesaikan masalah sempadan antara
Bulgaria dengan Greece pata tahun 1926.
Bagaimanapun,
ketiadaan Amerika Syarikat dan Rusia sebagai anggota melemahkan pertubuhan ini
kerana berhadapan dengan masalah yang lebih mencabar pada tahun 1930-an seperti
penaklukan Itali terhadap Habsyah dan penaklukan Jepun ke atas Manchuria. Liga
ini telah dibubarkan pada bulan April 1945.
Kesan-kesan Perang Dunia Pertama
A)
Kesan Politik
Rusia
1.
Menamatkan sistem pemerintahan beraja
Perang
Dunia Pertama telah menamatkan pemerintahan beraja di Rusia di bawah kerajaan
Tsar yang pernah memerintah Rusia selama 400 tahun. Perang Dunia Pertama telah menguji kemampuan kerajaan
menghadapi keadaan semasa. Kekalahan demi kekalahan yang dihadapi oleh Rusia
khususnya pertempuran dengan Jerman menyerlahkan kelemahan kerajaan Tsar.
Kekalahan teruk tentera Rusia di medan perang menyebabkan kesetiaan sebahagian
tentera berbelah bagi.
2.
Kerajaan hilang imej dan sokongan
Selain imej kerajaan beraja jatuh kepada golongan tentera
dan kelas menengah, kerajaan juga kehilangan sokongan daripada golongan petani
dan pekerja kerana tidak membela nasib mereka dalam suasana ekonomi yang muram
kesan daripada Perang Dunia Pertama.
3.
Pejuang Revolusi berpecah
Pejuang-pejuang
Revolusi yang terdiri daripada kelas menengah, pekerja dan petani telah
berpecah ekoran daripada perbezaan kepentingan. Vladimir Lenin telah mengambil
kesempatan untuk mendapatkan sokongan pekerja dan petani serta menyokong
rampasan tanah yang dilakukan oleh golongan petani.
4.
Kerajaan komunis terbentuk
Dengan
sokongan daripada pekerja, petani, tentera dan komunis yang berdisiplin, Lenin
berjaya menggulingkan pemerintahan dan membentuk sebuah kerajaan komunis yang
pertama di dunia.
5.
Rusia kehilangan wilayah
Bagi menamatkan perang dengan Jerman dan Austria, Lenin
telah menandatangani Perjanjian Brest-Litovsk pada 3 Mac 1918. Melalui
perjanjian tersebut, Rusia telah kehilangan ¼ wilayahnya di Eropah yang
diserahkan kepada Jerman dan ¾ sumber arang batu dan besi. Kejayaan tersebut
turut dibantu oleh peranan ejen perisikan Jerman.
6.
Wujud golongan kapitalis
Pada tahun 1905, ekonomi Rusia mula berkembang tetapi
perlahan berbanding dengan negara-negara Eropah Barat. Wujud
sebilangan kecil golongan kapitalis yang menyediakan modal bagi melibatkan diri
dalam perniagaan.
7.
Kemunculan golongan pekerja industri
Golongan
tersebut membiayai dan menguruskan pembinaan kilang dan jalan kereta api. Situasi ini membawa kepada kemunculan golongan pekerja
industri yang miskin dan persekitaran kerja yang kurang memuaskan. Jumlah
pekerja industri kecil iaitu kira-kira 10% daripada penduduk Rusia pada tahun
1917.
8.
Penubuhan Parti Buruh Demokratik Sosial
Perkembangan dalam bidang ekonomi turut membawa kesan
dalam bidang politik. Parti-parti politik ditubuhkan seperti Parti Buruh
Demokratik Sosial oleh golongan pekerja yang kemudiannya dikenali sebagai Parti
Komunis. Oleh
kerana perselisihan pendapat, maka parti ini berpecah kepada dua iaitu
Mensheviks yang dipimpin oleh Julius Martov dan Bolsheviks yang dipimpin oleh
Lenin
9.
Berlaku demonstrasi/rusuhan
Demonstrasi
diadakan di beberapa bandar yang disertai oleh golongan pekerja, petani dan pemimpin
parti-parti politik yang akhirnya membawa kepada rusuhan ekoran polis kerajaan
Tsar melakukan kekerasan terhadap penunjuk perasaan.
10. Gerakan “Tanah,
roti dan keamanan”
Dengan bantuan Jerman, Lenin kembali ke Rusia. Lenin dan
Bolsheviks meminta “tanah, roti dan keamanan”. Tanah untuk diberikan kepada
golongan petani miskin manakala roti
untuk diberikan kepada pekarja yang kelaparan. Keamanan pula bermaksud untuk
menamatkan penglibatan Rusia dalam Perang Dunia Pertama. Bolsheviks berhasrat
untuk menubuhkan kerajaan, khususnya untuk membela nasib pekerja dan petani.
Demonstrasi terbesar berlaku di ibu negara iaitu di Petrograd, kini dikenali
sebagai St.Petersburg. Walaupun Tsar telah melakukan sedikit pembaharuan
politik dengan menubuhkan Duma (Parlimen),
namun Duma mempunyai kuasa yang terhad.
Jerman
dan Austria Hungary
1)
Keresahan rakyat bawahan
Perang
Dunia Pertama yang berterusan menimbulkan keresahan dalam kalangan golongan
bawahan seperti petani, pekerja dan tentera.
2)
Tentangan golongan ahli politik
Penentangan
terhadap peperangan juga timbul dalam kalangan ahli-ahli politik walaupun
sebelum ini mereka menyokong penglibatan kerajaan dalam Perang Dunia Pertama.
3)
Kaiser Wilhem II turun takhta
Dalam
keadaan ekonomi dan sosial yang terumbang-ambing di samping keadaan perang yang
tidak menentu, Kaiser Wilhem II bersetuju untuk turun takhta dan mendapat suaka
politik di Belanda.
4)
Kerajaan republik terbentuk
Parti
Sosialis Demokrat pimpinan Friedrich Ebert telah membentuk sebuah kerajaan
republik yang dikenali sebagai Republik Weimer yang menggunakan khidmat
golongan tentera dan pentadbir lama untuk mengendalikan urusan negara
sehinggalah Adolf Hitler berkuasa pada tahun 1933 apabila semua pihak terpaksa
mengikut semua kemahuannya dalam usaha menguasai Eropah.
5)
Dinasti Habsburg tamat
Kerajaan Austria-Hungary turut mengalami kemusnahan
apabila Dinasti Habsburg ditamatkan. Keadaan ini menyebabkan berlakunya
pemberontakan yang dicetuskan oleh bangsa-bangsa yang pernah dikuasainya
seperti Czech, Pole, Slovak, Finn dan Liithuania. Kejayaan pemberontakan
tersebut telah menyebabkan lahirnya negara-negara baharu seperti
Czechoslovakia, Estonia, Finland, Hungary, Latvia, Lithuania, Rumania dan
Yugoslavia.
B)
Kesan Ekonomi
1)
Berlaku Inflasi dan kekurangan bekalan
makanan
Di
Jerman, kekurangan bekalan makanan menyebabkan berlakunya masalah inflasi dan
terpaksa mengenakan catuan terhadap bahan makanan yang penting seperti roti,
kentang, susu dan daging sehingga menyebabkan rusuhan anti-kerajaan pada tahun
1917 di Berlin dan Leipzip yang melibatkan hampir 300,000 orang pekerja.
Di
Rusia, timbul masalah dalam sektor pertanian akibat kekurangan buruh kerana 4
juta buruh dalam sektor ini dikerah menyertai pasukan tentera. Keadaan tersebut
menyebabkan pengeluaran pertanian terus berkurangan.
2)
Kejatuhan Nilai Mata Wang
Pada
tahun 1922, nilai mata wang Jerman iaitu Mark telah menjunam turun hingga
kurang daripada seperseratus daripada nilainya pada tahun 1914. Pengeluaran
industri Jerman juga terjejas. Pengeluaran arang batu dan besi Jerman juga
berkurangan daripada jumlah pengeluaran sebelum perang.
3)
Sistem pengangkutan terganggu
Pada
tahun 1916, sistem pengangkutan tidak berfungsi. Kepincangan sistem
pengangkutan memberi kesan kepada tentera Rusia yang berada di medan peperangan
kerana bekalan gagal dihantar kepada pasukan yang memerlukan bantuan.
4)
Penutupan kilang/kekurangan bahan bakar
Pemerintahan
Tsar di Rusia turut menghadapi masalah dalam belanjawan kerana terpaksa
mengagihkan peruntukan dalam bidang pendidikan dan perumahan kepada bidang
ketenteraan. Lebih memburukkan keadaan ialah kesan perang yang berterusan
menyebabkan kilang yang ditutup semakin bertambah dan Rusia menghadapi
kekurangan bahan bakar yang serius.
5)
Berlaku mogok/revolusi rakyat
Keresahan
dalam kalangan masyarakat juga berlaku dan mogok yang melibatkan 3 juta pekerja
terjadi pada tahun 1916. Keadaan seperti
ini memudahkan rakyat melancarkan revolusi terhadap pemerintahan Tsar.
6)
Beban hutang
Pertempuran
yang berlaku di utara Perancis menyebabkan keupayaan pengeluaran Perancis
merosot kepada 70% bagi arang batu, 81% bagi keluli dan 63% bagi besi. Setelah
perang tamat, Perancis terpaksa menanggung hutang luar yang amat besar. Maka
tidak hairanlah dalam Perjanjian Versailles, wakil Perancis menuntut ganti rugi
yang besar terhadap Jerman.
7)
Amerika Syarikat dan Jepun menguasai pasaran dunia
Pasaran dunia mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan
Jepun. Perkara ini amat dirasai oleh negara-negara Eropah terutamanya Britain,
sebuah negara industri yang sebelum ini menguasai peratus perdagangan terbesar
di dunia. Perang Dunia Pertama menyebabkan Britain kehilangan 1/3 daripada
perdagangan luarnya.
C)
Kesan Sosial
1)
Korban Nyawa dan Kecederaan
Perang Dunia Pertama banyak mengorbankan nyawa. Kira-kira
8.5 juta tentera terkorban dan 12.5 juta orang awam terkorban. Dari segi harta benda pula, peperangan ini mengakibatkan
kemusnahan yang bernilai AS$ 36 760 juta. Britain kehilangan 750,000 rakyatnya,
iaitu 9% daripada jumlah penduduk lelakinya yang berumur 45 tahun ke bawah
manakala bilangan yang cedera dianggarkan berjumlah 2 juta orang. Lebih kurang 1.4 juta rakyat Perancis terkorban dan 3.5
juta tercedera. Angka ini melibatkan hampir 10% jumlah rakyat lelakinya yang
cergas dan ini merupakan satu kehilangan besar kepada Perancis. Tambahan
pula,Perancis mengalami kadar pertumbuhan penduduk yang rendah.
2)
Pencemaran Udara/ Bumi
Pencemaran
udara dan bumi turut berlaku kesan penggunaan senjata kimia yang meluas dalam
pertempuran sengit di Marne dan Somme.